Monday 1 April 2013

Hari jadi yang moody + hepi kemudiannya


Assalamualaikum..
Tudiaaaaaaaa, dah berhabuk, bersawang dah blog Angah ni, kesian korangkan sebab xdak bahan bacaan dari Angah (bajet macam orang baca blog kau Angah).
Haaaa.. nak taip apa ni..? okey meh nak cerita. minggu ni minggu yang paling stress untuk Angah sebab apa..? sebab minggu ni la macam- macam benda jadi. Dalam 1 hari ja ada dua situasi yang perlu Angah hadapi 

SITUASI 1 (20 /3/ 2013) - Pagi hari jadi yang moodyyyyyy :(
Pagi Rabu tu, Angah ada presentation projek tapi just macam pameran ja. Ingat kan present betul-betul, tup-tup lecturer cakap, just pameran ja. so pagi tu dengan keadaan yang lemah, group Angah setup la barang-barang yang akan kami guna masa pameran ni. Dalam tengah setup barang tak siap lagi, lecturer dah mai untuk tengok. Benda semua tak ready, tup-tup kena marah sebab tak amik perhatian masa dia bercakap. dah la group Angah, group yang first kena tanya, dengan barang tak setup lagi, plug tak sempat nak plug in. "When I speak u listen "...Cik, kami dengar kot apa yang cik cakap tu. geram kot masa tu.Group first kena dengan dia. Dia yang tak paham apa yang kami buat , pastu marah ikot suka dia kot. litar yang group Angah buat berfungsi, dia kata xada apa-apa. Sapa tak panas kan. Sakit pulak hati kita. So, dia buat keputusan, need an improvement, kena jumpa dia dulu sebelum presentation kemudiannya. Start dari mula kena marah tu, Angah bad mood 1 hari. Dah la hari lahir Angah, nak la jadikan hari tu hari yang hepi untuk Angah, tup-tup benda jadi macam ni, terusssssss moody 1hari tu. Kelas petang tu pon ,p sebab nak penuhkan attendance ja. Dah tak semangat nak masuk kelas dah.

SITUASI 2 ( ni masa malam, nasib baik hepi sikit )
Drum roll plisssss   .................... Kisah terjadi apabila dimalam hari ( ceh, bajet cerita hantu ). Malam tu  , igat nak tidur awal la sebab masa siang tu sakit sangat kepala sebab fikir yang macam-macam. Awal tu tak la awal sangat tidur dalam pukul 12 lebih jugak la sebab setelkan kerja yang tak siap lagi. Dah tidur dalam 10 minit tu, nafiza kejutkan Angah sebab dia bagitaw yang cik nan muntah teruk, macam ni hah,
 Nafiza : Makngah, makngah.. bangun, Cik Nan muntah teruk kat toilet tu. (makngah tu sebab Angah anak no. 2.. dah ada anak menakan pon )
Angah : hah..jom.. 
Maka bangun la dalam keadaan separuh sedar. Keluar ja dari pintu bilik, zaaappppppsssss badan penuh dengan bedak..! Terus mata jadi segar-bugar, cerah benderang (sangat propa disitu ). Habis 1 badan ni sekali sengat rambut-rambut penuh dengan bedak. Nasib baik bedak uolsssss, klau tepung, taknya jadi Angah celup tepung..hahaha. Pandai pulak depa, lepas dah baling Angah dengan bedak, pakat lari pulak..haha. Sampai ja depan bilik Nafiza, ada kek ( roti gardenia sapu dengan butter yang ditulis 'HB makngah :)' yang menanti. walaupon kek tu tak semahal yang diidamkan tapi tetap bermakna  apabila kawan  yang kita ada sanggup meraikan hari jadi kita. yang nak buat kita happy. Thanks kawan-kawan sebab sudi raikan hari jadi Angah..love uuuoooollssss semua. Malam tu tidur dalam keadaan bau badan yang sangattttttt wangiiiiiiiiiii........ iolsss tidur lena uolsss..

Tapikan memang minggu ni, minggu yang agak memenatkan.  Hanya mampu bersabar ja sekarang ni. Lagipun dalam 4 , 3 minggu lagi nak lepaskan title student :( . Angah harap mampu habiskan semester 6 ni dengan berjaya selepas 5 semester bertungkus lumus.

p/s :: Minggu yang memenatkan, jerawat mula la nak keluar bila stress-stress ni.. 
Bebelan dari budak yang baru berumur 21 tahun, 1 minggu dan 5 hari  < -- SELAMAT HARI LAHIR ANGAH !

* entri dah berhabuk simpan dalam draf




No comments:

Post a Comment

/>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...